Pages

Quote Of The Day

Lelaki yang COOL,adalah apabila dia sering mengingatkan HAWAnya tentang ALLAH dan SOLAT :)

Tuesday, May 26, 2015

Long Story Short #260515

hey hey Haiiii . 

2 Tahun tidak mencarut dan mencoret d sini . 2 tahunnn . lama juga kan. hehehe. 

banyak story sebenarnya tapiii, dipendekkan cerita.... *sebenarnya kaku tangan sy menulis d sini atas faktor lama tidak membebel kan. heyyy banyak cerita sebenarnya nak share ni tp daku hanya mampu memendekkan .

selama 2 tahun berdiam. cehh ayat bukan main lagi over. haha. selama 2 tahun ni, habis grad hari tu mcm biasa habis belajar,menganggur, sambil-sambil cari vacancies, kerja aku dekat rumah makan tdr makan tdr . hahaha. cuak juga la dalam tempoh 5 bulan menganggur xbuat apa2 . boring kot. 

dlm bulan 10 (2013), aku dpt kerja dgn QS FIRM sbgai Assistant QS. satu-satu nya company yang call aku panggil interview dan dalam hari interview tu juga aku dpt keputusan. happy gila-gila la time tu. lebih-lebih lagi kerja tu kos yang aku study dkt Poly dulu. siapa sangka , penantian yg lama tu Allah balas  dengan rezeki yang tidak disangka-sangka. 

Dan, bermula lah tugas aku sebagai Assistant QS. bila sudah kerja, nampaklah perbezaan apa yang teori di kelas dengan alam sebenar pekerjaan. sangat berbeza. klau cakap pasal tekanan kerja tu memang ada. tipu lah kan klau aku cakap tiada tekanan kerja. tp bagi aku, bila kerja tu kita buat dengan minat, InsyaALLAH semua dipermudahkan. Part kerja yang paling aku suka bila buat site valuation, masuk site . aku rasa dalam sebulan tu, hari tu lah yang paling ditunggu-tunggu . dah la sebulan sekali kot dapat keluar dari ofis. 

then, dlm bulan 4 (2014) tu , graduation day :D *Officially Graduated from Politeknik Kota Kinabalu, Yeayy ! 

aku kerja xda la lama mana. cukup 10 bulan tu aku resign. sebabnya, dapat tawaran sambung blajar kat UTM. satu lagi peluang yang diberi dariNYA. sambung degree dalam kos yang sama juga time diploma dulu, lagi lah tambah happy. tapi yang x happy terpaksa berjauh dgn family. part ni paling x best okay. aku start mendaftar dekat UTM , 30082014. dan bermula lah untuk kali ke 2 hidup sebagai student. back to school. heeehee. 

sekarang dah semester 2 . 2 minggu lagi final exam. doakan aku Berjaya ok :) adios !

Wednesday, June 5, 2013

Saya Kini Bergelar Graduan ...

Assalamualaikum...

haihaihai. alhamdulillah, 28mei lalu, keputusan rasmi exam sda kluar . perasaan time tunggu jam 10.00 pagi tu mmg dup dap dup dap sampaiii la result d'paparkn. bila tgk pointer & Keputusan LULUS PENUH,Alhamdulillah. happy ! DupDapDupDap pun hilang..  tapii, hanya terpapar 1 subjek sahaja . 8 subjek lagi xtau hilang kemana.

Lepas seminggu menungguu.......


yeaayy . akhirnya penantian berakhir.  dan kiniii, saya sudah bergelar graduan politeknik Kota Kinabalu. Tahniah juga utk classmate yang sama-sama berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang :) Sungguh ! Dalam tempoh 3 tahun tu, banyak pahit manis yang dilalui. dalam kesibukan siapkan assignment,quiz, presentation dan test, 3 tahun akhirnya berakhir dengan keputusan yang sangat memuaskan hati... Konvo tahun depan :D

Now, bermula lah misi mencari ruang-ruang kosong dalam industri pembinaan. :) Doakan saya berjaya .  

Thursday, May 9, 2013

hari K.A.M.I ~ DUB6B #2



Assalamualaikum...

hewww. tarik nafas panjang-panjangg .. hembussss ! haluuuuuuuhaiii . Ini adalah hari kami ! 13 April lalu adalah family Day utk klas aku , DUB6B. ala ala majlis perpisahan dan event last la untuk klas kami sebelum tamat study kan . oh ya, pilihan tempat untuk family day tu, kami pilih di Tanjung Aru, Beach 2 . :)

Dengan bajet yang Daeebakk dan kerjasama yang baik dengan classmate yang lain , akhirnya Family day dapat diteruskan dengan jayanya. Ada yang masak itu, ada yang masak ini , Ada yang buat itu dan ada yang buat ini . Yang penting, semua bekerjasama utk pastikan event kali ni menjadi.Event santai yang memang best dan bebas untuk beraktiviti bersama, ketawa bersama , makan bersama .hewww . Tiba-tiba datang rindu dengan mereka mereka mereka . :'(

Orait ! biarkan gambar berbicara . ceeeewaah . heeee

:')

Antara Aktiviti 

BBQ
#Classmate #P.A #Lecturer

#classmate #Lecturer
cake! cake! cake! 

kami ber'LIMA' :)
 Sepanjang 3 tahun study dengan mereka mereka , banyak benda yang aku blajar . benda yang mengajar tentang K.A.W.A.N , H.I.D.U.P . bukan sja pengajian sepanjang 3 tahun tu hanya berdasarkan pelajaran semata-mata, tapi sepanjang 3 tahun tu, banyak pengalaman yang mengajar tentang hidup, pergaulan, persahabatan . banyak perubahan yang aku alami . :) terima kasih untuk pensyarah dan kawan-kawan yang banyak membantu sepanjang 3 tahun ni . :'(










Wednesday, May 8, 2013

Tiga Tahun

Assalamualaikum...

Alhamdulillah . Hari ni baru dapat update blog . 2 minggu ber'FINAL EXAM' .2 minggu tidur dengan  kertas-kertas *propa* . 2 minggu tidur xlena. hahaha . stlah 5 hari d'rumah lepas final exam, hari ni baru aku berkesempatan untuk menulis satu lagi entry. daaan ALHAMDULILLAH, syukur kpd Allah ,aku dan kwn2 yang lain selesai menyempurnakan pengajian. hanya tunggu result keluar 28 may ni . semoga smua boleh lulus dengan cemerlang . Amminn :)

2 mei lalu adalah paper yang terakhir sepanjang pengajian 3 tahun,hari terakhir d PKK, hari terakhir dengan myClassmate .. Alhamdulillah, xsangka dapat lalui kehidupan d PKK sepanjang 3 tahun. Banyakss sangat MEMORI TERCIPTA sepanjang 3 tahun tu ;'( . 

3 Tahun ....

:: bangun :: klas :: makan :: tidur :: Assignment :: tidur :: test :: Quiz :: presentation ::ketawa HAHAHA :: gaduh :: lepakss :: gosipss :: ... inilah rutin harianku selama 3 tahun . :D 

maka dengan itu, zaman Makan Tidur Makan Tidur sudah bermula ! mari mari mari tambah lemakss sementara bercuti-cuti Malaysia di rumah . hehehe . Baru 5 hari dirumah, daku terasa perubahan yang sangat-sangat ketara dengan fizikal . gemukss ! oleh itu , masa untuk berdietss . tapi, godaan dirumah sangat-sangat kuat .

oh ya, hari tu daku terlupa hupdet pasal family day DUB6B. akan di update A.S.AP kalau rajinnn .. hrrr. jumpa lagi di entry seterusnya . :)




                                                 

Saturday, April 13, 2013

Hari K.A.M.I ~ DUB6B

Assalamualaikum.


Haliuuuu.. Alhamdulillah, selesai sda Family Day utk klas DUB6B.. satu moment yang sgt berharga sepanjang tempoh 3tahun belajar bersama, menangis bersama*cehh*..ketawa bersama :') indahnya saat 3 tahun dengan mereka mereka dan mereka..Walaupun sakit segala sendi dan tulang-belulang, Tp, MEMORI TERCIPTA tu sangaat berharga dan akan dikenang sampai bila-bila (daku masuk ke bab sedih ! hehehe).....

Memandangkan daku kepenatan yang terterteramaaat, maka dengan ini, saya mengundurkan diri. hihih


Tunggu cerita selanjutna d entry seterusnya . Good nite :)

Thursday, April 11, 2013

Final Projek

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah, selesai juga lalui hari ni..eyh! haiiiii , minggu ni, minggu yang sangat sangat penat dan pack dengan test,quiz dan presentation. Maklum laa kn, hujung-hujung semester.. Sem akhir ni penat sangat sangat. assignment xhenti-henti datang bersusun kena siapkan, mana lagi test dan kuiz , presentation lagi. semester6 ni,semester yang xble buat dahku menghembus nafas legaaa. ditambah pula dengan projek akhir yang memang memeningkan kepala. 

Bercakap tentang projek akhir, projek akhir semester ni,semua student QS xda pilihan lain selain buat Bills of Quantity (BQ). *klu yang xtau BQ tu apa, search dekat google ok :) . xda pilihan untuk buat research mcm senior2 kami buat. As a student, kena ikut juga la kan arahan.. buat BQ ni bukan la macam tulis ABC123. tapi, kesusahannya hanya ALLAH yang tau. biasala, otak memang ZERO pasal BQ ni sbb sblm ni kurang pendedahan tentang BQ.. xda pendedahan utk prepare BQ,. Time praktikal , dtg2 ofis, buka BQ yang memang sda siap.. so, utk penyediaan BQ tu langsung xda pengalaman.. Disebabkan itu juga, aku dan group member yang lain terkapai-kapai utk siapkan BQ. Susah-susah pun, Alhamdulillah, siaap juga akhirnya .... 

Photo: Pameran projek akhir (DUB)@makmal hidraulik,JKA
inilah hasilnya selama berbulan-bulan siapkan :')
Oleh sebab itu, Presentation final projek hari ni di nilai oleh 2 pensyarah yang memang AWESOME. kesilapan kecil dapat di DETECT dengan Jayanya. SYABAS! wlupun sbenarnya aku STRESS.hahaha..Dalam dunia ni, semua pun pernah buat silap kn? begitu jg dgn kami, banyak kesilapan dari segi kuantiti. NVM, walaupun ada yang silap, ini adalah salah satu pengajaran dan permulaan untuk kami perbaiki lagii kekurangan yang ada, sekurang-kurangnya dapat tmbh ilmu lagi . alhamdulillah :)
so, fokus dengan final exam lagi yang berbaki 10 hari utk buat persediaan..




Wednesday, February 13, 2013

Wordless Wednesday #1

Assalamualaikum ..



bookmark

front view

back view

tadaaaa . siap !

#keychain#bookmark#kain felt#polyester



Monday, February 11, 2013

Draft 1 Final Exam

Assalamualaikum ..

Terkejut tgk jadual exam draft yg pertama ni . check guna internet sja,. skg, segalanya dihujung jari,xpyah susah2 p bersesak-sesak dgn student yg lain check draft exam di jabatan. buat sesak ! TQ poly. tapiii, yg peliknya 3 subjek sja yang tersenarai dlm draft 1 ni. it's a magic. kalau la final ada 3 paper sja kn daebak ! hehehe. tapi, lecturer bgtau 6 subjek yg masuk final exam . so ? jom siap2 p dating...

Friday, February 8, 2013

yeah..mid sem break .

Assalamualaikum ..

yeah ! penghujung cerita utk kuliah minggu ni di akhiri dengan klas measurement. maka, bermula lah mid sem break .. seronooookk ! walaupun klas measurement tadi lecturer bagi kejutan yang sangat-sangat mendupdapkan jantung.. hohoho . dengan slumbernya atau selambanya, lecturer bgtau ada test & studio work.  ok ! kecut perut dengar perkataan "TEST". xda preparation utk test , kebingungan mcm mn mau jawab test dgn otak yg kosong, kosong..oooo oh. Daaaaannn, alhamdulillah, soalan TEST yg lecturer bagi mampu utk disiapkn dlm tempoh sejam.. tp, ntah betul ka tidak .. hahaha. Lepas siapkan test, gigihkan diri pula siapkan STUDIO WORK.. dan hasilnyaaa . tadaaaaaaa
landscaping & fencing . 

taking-off paper . ! ^^

leganyaa dapat siapkan dua-dua task hari ni,. ble bersenang-lenang untuk seminggu ni wlupun lepas balik dari cuti ni banyak test,quiz & presentation yg menanti . heeeewww.. relaksss ! :D hari masih muda . ble gitu ? triple happy juga, sbb dapat balik rumah . ble la dating puas2 dengan mama & abah, ble la buli askar-askar comel sepanjang cuti sem ni..xsabar . xsabar . xsabar ! :)


selamat bercuti PKK ! 




Saturday, January 26, 2013

weekend

assalamualaikum  :)


" menangislah andai tangisan mampu untuk mengurangkan kesedihanmu " sebab ......

" Setitik air mata , mampu untuk tenangkan hati yg pilu " tapiii............

" Air mata, tidak akan mampu untuk membantu melupakan segala yang berlaku".


weekend lagii .. heee . daebak ! sejak 2~3 minggu lalu, weekend bukan masa untuk ber'enjoy' dan berehat.tapi, masa untuk menyelesaikan hutang-piutang dengan lecturer. heee . hutang-piutang dalam erti kata sebenar "assignment/final project" yang lecturer bagi.. weekdays x boleh ganggu sebab pagi hingga petang bz dengan klas , petang untuk berseronok. :D malam? masa untuk study / prepare presentation (klu ada). hewhew . masa ni la untuk tunjukkan kerajinan .. 

:: bunyi hp (msg masuk,Dari c H)::

*buka*

~ jom jln hari ni, kbox. heee~ 

kbox ? wah . lamanya x pegi melalak . bila lagi kn ? tgk dashboard, "err,xble enjoy minggu ni, bersusun asgmnt perlu disiapkan" at the end, pelawaan c kawan ditolak . stay d bilik sja la. :D


Sunday, January 13, 2013

Entry Malas

Assalamualaikum :)

entry pertama 2013 . heee . kemalasan menjadi-jadi . yaa , penyakit malas datang bertubi-tubi . tahap kerajinan yang aku tunjukkan 24 bulan yang lalu hanya tinggal memori luka . hehewhew . ok merepek !

*taip*

*menaip*

*taip lagi*

 errr xda idea !
padam .


test,Quiz,Test,Quiz 

 Start esok sampaaaaaai khamis, test,quiz,test,quiz. bye2


Monday, December 31, 2012

Entry Terakhir, 2012

Assalamualaikum & Selamat Tahun BAru 2013 :)

~31 Disember 2012~

Dipenghujung tahun 2012. tinggal beberapa jam lagi masuk ke tahun baru,2013 . Heboh 1 dunia pasal new year , xketinggalan jg ada yg post d fb,twitter, blog dan mn2 laman sosial yg lain. Dalam sedar x sedar, mesti setiap dari kita menghadapi pahit dan manis sepanjang 2012 ni .. ada yang sepahit-pahit ubat , dan ada juga semanis-manis gulaa . alaa, itu biasala hidupkan penuh dgn up and down org melayu kata .heee

" Apa azam tahun baru kau ? "

Teringat pula time skolah dulu , setiap tahun sja mesti itu soalan wajib yg kawan2 xlupa tnya . klu tahun tu tahun ambil PMR/SPM, mesti ada yg berazam 8A/9A . tapii, xsmpai target pn -.- heee . so, utk tahun-tahun yang akan datang ni, setiap benda yg datang dan berlaku akan dihadapi dengan semangat dan kesabaran yang tinggi . Org kata , Kejayaan x akan datang bergolek . mmg la, kejayaan mmg  kita xakan nmpak depan mata tnpa usaha . untuk mendapatkn tu semua, Usaha , Sabar dan Tawakal adalah perlu dlm menentukan kejayaan yg diimpikan.

~Sepanjang 2012~

Alhamdulilah , syukur masih dipanjangkan umur sehingga ke hari ini ,. masih lagi berpeluang utk memperbaiki diri dari hari ke hari , bulan ke bulan dan tahun ke tahun . Syukur juga sepanjang 2012 banyak benda dan perkara yang dilalui , ada yang tersangat pahittt dan ada juga yang tersangat manisss . Allah kn Maha Adil , pahit dan manis tu sda sebati dalam kehidupan setiap Individu . Setiap benda aku lalui tahun ni banyak memberikan pengajaran yang berguna sepanjang tempoh memperbaiki diri . Ada perkara yang datang tnpa aku jangka , dan ada juga perkara yang datang tanpa aku sedari . walaupn kadang-kala pernah terdetik untuk Give up dlm pelajaran, TApi semangat utk terus berjuang tu masih kuat, Alhamdulilah dan hasilnya mengejutkn aku ~.. Thank You ALLAH :)

~2013~ 

Tipu lah kalau 2013 ni, aku x mengharapkan sesuatu yang lebih baik . Banyak benda yang dinanti dan diharapkn terjadi di tahun 2013 (: Tempoh pengajian pun xsmpai 6 bulan lagi. harap-harap dapat tamatkn pengajian dengan keputusan yang cemerlang . Perlu berkorban sedikit untuk semester 6 ni , penyakit malas letak ke tepi :D


Nota Tepi :

~ Cik Coklat Kukus Cacat sedikit , tp berbaloi-baloi rasanya . 
~ Esok kna balik Poly lagiiii ,  =.= 

HAPPY NEW YEAR !


 

Saturday, December 29, 2012

Untitled Post #1

Assalamualaikum..

         2 hari lagi Dua Ribu Tiga Belas .. lama tidak menulis disini.. heee , lepas sja final exam hari tu , blog pn ditinggalkn begitu sja.. cuti sem hari tu dimanfaatkn dengan sebaik yg mungkin.. 12/12/2012 hari tu, pndaftaran utk semester 6..sedar x sedar, sdah bergelar super senior. lepas dftar on9 & dftar subjek, kuliah menyusul selama seminggu.. seminggu tu juga, hnya 1 subjek yg start bljar. yang lain  pengenalan kpd subjek sja. bayangknla keboringan yang teramat amat amat sangaaaat ! then,lepas kulaih seminggu, cuti khas perayaan lagi selama seminggu . wah, indahnya saat2 mcm ni . klu la slalu cuti kn best :D

        cuti yg diKhaskn selama seminggu hanya berbaki 3 hari lagi . dengan baki cuti yg sikiitt tu, kemalasan mau balik hostel semakin menjadi-jadi . sudah beronok-ronok dirumah seminggu, terpaksa la pula  balik hostel utk melengkapkan tempoh pengajian daaaannn utk dptkn result yg comel-comel,. utk mendapatkn tu semua, kena la rajin2 kan ?..

bye~~ :D

       

Friday, November 16, 2012

Exam !

Assalamualaikum....



annyoongg ! tengah mengambil kesempatan dalam kesempitan waktu menghadapi final exam esok . Rehat sebentar bersama Milo 3 in 1 Sambil meng'hupdet' status berbaur minta simpati .. heeee.. menghadapi satu penyakit biasa , NERVOUS.. fuh ! fuh ! sangat nervous fikir bentuk soalan esok mcm mn. adakah secantik Dato'Siti Nurhaliza, Adakah secantik Lisa Surihani ?? Jawapannya...Tunggu seja laaaa.. 

Harap-harap la soalan Const.Eco esok secomel c POOH . dapat la juga jawab dengan baik....Esok, masa orang lain tengah bersuka ria tengok Running man, Outing, Dating dan seangkatan dengan "ting2". KAMI pula, Final Exam. Semoga perjuangan ni, Dipermudahkan-Nya..Aminn

sedikit TIPS dalam menghadapi Peperiksaan (Ambil dari pck GOOGLE) :

  1.  Pastikan Datang Awal ke Dewan Exam
  2. Baca doa sebelum Exam STart 
  3. Berikan tumpuan semasa Exam, Jangan Lemah semangat ! (mcm aku la tu).Kalau susah, sentiasa mohon petunjukka dari Allah . Jangan lupa Selawat dan Make Sure JANGAN GIVE UP !
  4. Pasrah ! selesai menjawab , tawakkal kepada ALLAH dan xperlu utk check jawapan sama ada betul atau salah. 
  5. Fokus Next Paper :)
InsyaALLAH,. mudah-mudahan segalanya dipermudahkanNYA. Chayo2 utk Family DUB & PKK :)


Wednesday, November 7, 2012

Wordless Birthday

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukran . syukran . syukran , ya Allah. syukur alhamdulillah, now i'm officially Twenty yow, whatsapp .! ble sda main WhatsApp lepas ni.kekeke. Tajuk entry "Wordless Birthday",,. tapi, sbnarnya speechless birthday. Q.Q .knpa speechless ? sbb xtau mau ckp apa...


first, thanks To Allah atas nikmat yang dikurniakan sehingga hari ni, Alhamdulillah :') . TQ Mama&Abah, yang banyak bersusah payah utk aku smpai hari ni <3 . hati berbuga-bunga dpt dgr suara mama, sempat lagi wish tadi, nasib baik mama ingat. klu lupa tadi, merajuk 3 saat . :D Hhihihi. thanks jg utk kwn2 yang wish through sms, call and fb. saya terharu :') terima kasih daun Terup, Doakan saya berjaya nanti :)

sedih....

sebab, birthday tahun ni jauh dari parents... yala duduk hostel xda benda yang ble dibuat melainkan menghadap buku . Haaaa ! Cakap pasal Buku, Saat-saat kritikal macam ni la Buku jadi peneman setiap masa. Final exam tinggal 10 Hari sja lagi . Gambate ! 

Final Exam On 17 Nov 2012 . ^^
So, 17 Nov ~ 24 Nov ni mengerah otah untuk bekerja keras mengeluarkan ayat-ayat cinta segala ilmu yang dibelajar sepanjang sem5 ni. InsyaALLAH buat yang terbaik untuk final exam ni nanti.Sem ni 5 subjek utk final exam. Carry mark pun belum dapat lagi, Doakan aku dapat Markah yang terbaik punya . Hehehehe. Gud luck untuk student PKK dan Poly Se-Malaysia Sekalian. ^^

Annyong-Haseyo :D
Buku sda pn memanggil, lain kali update lagii . Gud nite . 

:: Perfection is achieved, not when there is nothing more to add, but when there is nothing  left to take away ~ Antoine De Saint-ecupery ::

Tuesday, November 6, 2012

Last Day

Assalamualaikum...

woot..woot..! kemalasan menjadi-jadi dekat final exam ni . Buku depan mata, tapi lappy lagi dipandang daripada buku . Daya Graviti lappy tersangat-sangat kuat sampaikn buku yang cantik lagi ayu tu xdipandang . sedih .! jari-jemari berusaha gigih memainkan peranan menaip dengan kelajuan yang sangat AMAZING  sambil dengar Hot.fm a.k.a Panas.Fm :D

hey, hari ni hari terakhir menjadi remaja yang berumur 19 tahun . Esok ( lebih kurang 3 jam dari skg) umur dah puluh-puluhan suda,. nnti macik2 sblh rumah mesti tnya, "umur ko berapa?". then, mesti la aku jawab dengan ayu dan sopan santunnya macam ni "20 , mck " . HAHAHHA . ok ! xlawak pun.. lepas ni klu  org tanya umur aku berapa ,xda lagi aku jawab ada belas2 dibelakng . lepas ni, xble sda bangga2 umur aku belasan tahun . kekekeke.yang ada AN-AN sja la . heeee
.
Hati banyak senang akibat  keseronokan  yang berganda-ganda menikmati Cuti utk DUB sejak khamis lepas.Kusangka mimpi dipagi hari, Rupanya Fantasi menjadi realiti *peribahasa budak sesat di site*. EsoK ada klas yow, ingatkan cuti berlanjutan sampai la jumaat ni. tup tap tup tup, dapat berita esok OSHA & English ada kuliah . ni mesti kes lecturer rindu dengan kami ni. hahaha . perasan !
oleh tu, esok menjalani rutin seperti biasa . :)





Wednesday, October 31, 2012

Final exam + Muet = Santai =.=

Assalamualaikum ..

Bengang dengan line internet . setelah berhempas pulas menghentam cik lappy selama berjam-jam, akhirnya dapat juga sent soalan asgmnt via e-mail. sakit jiwa tahap cacing jatuh terguling-guling dalam tanah . kekeke..

hey. hari ni end of october. 31 oktober u olls. aq mcm percaya x percaya sja ni smua . cepatnya masa berlalu.*ah,ayat zaman purba laagi.. maka dengan itu, berakhirnya oktober diganti pula dengan November. dan dengan berakhirnya Oktober, maka tinggal lah 16 hari lagi before final exam.
exam.exam.exam.. xpernah sehari pun xsebut perkataan EXAM. tpi, mcm xda perasaan mau exam. mcm mn ni ? mcm mn la ni ..

mcm xpercaya pula sem5 ni hampir kepenghujung, lepas tu sem6 pula. mcm xpercaya pula tamat pengajian. biar betul ? :D 10hb Nov ni test muet lagi utk listening,writing and reading . Speaking sda lepas 23 b hari tu. Alhamdulillah, tapi, hati ingat dengan final exam sja. preparation untuk Muet DLM 10% .

minggu ni pula, rasanya minggu paling saaantaaii sepanjang sem5 ni. klas untuk minggu ni hari selasa and rabu sja.biasala hujung2 sem, xbanyak klas yg perlu attend sbb syllabus sda habis bljr. lebih-lebih lagi dekat final exam. Cuti panjang untuk DUB sekalian berlanjutan sehingga ahad ini. uisehmen... jadi jeruk la aq staay d bilik selama 4 hari. Study week akan di manfaatkan dengan sebaiknya. hehehehe .

xmampu untuk berkata-kata lagi,. kepala sudah pusing tengok bantal dan katil. Hujan dah turun, masa untuk tiiidur *ala-ala P.ramlee* :D

p/S : semoga November ni membawa keberkatan untuk u'olls . Aaminn.  ^^v



Sunday, October 21, 2012

Convocation

Assalamualaikum...

yow, dalam kesibukan mempersiapkn diri untuk speaking test selasa depan, sempat lagi aku menulis entry. Esok satu hari berdepan dengan test & Quiz . biasala hampir dipenghujung sem, lecturer berkejar2 menyiapkan assessment utk students.

sYukur ke hadarat Ilahi atas nikmat yg dikurniakan sehingga hari ini. Macik Muda aku telah berjaya menamatkan pengajian d UMS,. dan kelmarin (Sabtu) merupakan konvokesyen c makcik di sesi petang. Tapi, atok dan nenek xdapat hadir tgk kejayaan ni..So, kami ber'5' wakil atok&nenek.

turut tumpang gembira tgk kejayaan dia dalam bidang yang diceburi . insyaALLAH, aku akan menyusul dalam 1 tahun lagi,insyaALLAH jika dengan Izin-NYA :)









  
xsabar mau konvo . tinggal 1 sem lagi study,insyaALLAH :)



Sunday, September 30, 2012

September end .

Assalamualaikum .....

yow .. today is the end of september . xterasa kn ? seriously.. rasanya macam baru semalam
aku melapor diri , hantar final report , present pasal L.I . wuu .  cepatya semester5 ni.T.T xsedar masa berlalu macam tu shja . sem5 ni banyak masa yang terbuang . sem ni lebih banyak class cancel drpd kuliah . byk lagi bab yg belum habis bljar. final exam tinggal 47 hari sja lagi .

esok sda masuk bulan OKTOBER , lepas tu NOVEMBER dan DISEMBER menyusul . kn ? xterasa
semakin dekat kepenghujung tahun.


dlm kemalasan ni, kerajinan perlu diasah sedikit demi sedikit (lama-lama jadi....? Rajin. ) ,. tengah
berusaha mencari job advertisement based on QS field . lepas tu buat Resume and cover letter.utk subjek Communicative English la . harap dipermudahkan segala urusan . Amin :)








Thursday, September 27, 2012

Untitled Post :D

Assalamualaikum.......

11:58 pm . connection sgt kuat dgn lappy . mata fresh , kelajuan jari-jemari menaip boleh dianggarkan 245km per hour . ok please imagine mcm mn kelajuan yang aku maksudkan ?
mata menghala ke bantal wangi, selimut dan katil . tapi hati kata "please, jgn tidur" . ok dengan
tahap kesabaran dan kerajinan yang tinggi , maka aku mau share sedikit nasihat dlm perhubungan . :D

*tarik nafas*

ok... Bismillah...

1. jangan cepat jatuh cinta . bahaya ! sebaiknya, berkawan dan cuba untuk kenal pasangan . kadang2
lelaki akan buat2 sweeeeet time mengurat . tp,xsemua mcm tu. jgn cepat cair ok ladies ? :D
2. time berkawan tu , tetapkan niat . pastikan niat Kerana ALLAH S.W.T . pastikan
utamakan Allah dalam apa jua yg dilakukan .
3. klu ada hati atauu terjatuh cinta dgn seseorang , sebaiknya berkawan sahaaja dahulu . doa , dan mohon petunjuk dan perlindungan daripada-NYA . insyaALLAH klu ada jodoh , xakan lari gunung dikejar . :D
4. yg paling penting , jangan percaya 100% dgn pasangan . sbb , manusia , biasalah kn.
kadang-kadang cakap mcm ni, tpi yg dibuat xsama dgn apa yg dikata . so, better watch out .
5. xperlu selalu jumpa . yaa sya tau la , dlm bercinta ni msti kamu urg rindu2 kn ? relax la, bercinta pn bercinta jg la, tp kurangkan masa berjumpa . better, fokus dgn study . kn lagi bagus.hehehe .

ok. since entry ni adalah entry pasal CINTA yg pertama, aku rasa cukup la tu *segan rasanya update blog pasal cinta.hehehe ..Hanya ingin berkongsi pendapat . jika terdapat kekurangan dan kekasaran dalam bahasa , harap diberikan sedikit teguran :D

terjumpa pic d bawah ni dlm lappy , xtau dari siapa, main ambil sja, heheh . xjemu baca berkali-kali.
terkena di hati :D




p/s : doakan sya dpt jodoh yg ble membimbing ke jalan-NYA :) aaminn